Friday, October 28, 2011

wanita terbaekkk di malaysia!!

assalamualaikum...
entri kali ini ikhwan tak putih akan menyenaraikan antara wanita-wanita yang paling saya kagum di malaysia nie,,,
sebelum anda baca apa2 yg ditulis dibawah ni,saya nak ingatkan bahawa entri saya ni bkanlah berunsurkan politik...tetapi hanyalah sekadar saja2,,,mengisi masa lapang....



ok la..kite mulakan dengan wanita pertama....
ummi hafilda ali...

anda kenal dengan wanita ini????
ini lah kakak kepada selebriti azwan ali....
kenapa saya kagum dengan dye???
ummi hafilda antara wanita yang paling berani dan cekal....
dye lah yang menghantar surat rasmi kepada dr.mahathir untuk tun mahathir menyiasat salah laku datuk seri anwar ibrahim ketika anwar ibrahim masih berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri...
dalam surat tu,dye lampirkan dengan pelbagai bukti tuduhan yang dilemparkan kpd datuk seri anwar ibrahim...antaranya,tuduhan penyelewengan wang..
pada mulanya,dr.mahathir tidak percaya dan ummi hafilda disumbat kedalam penjara dan dipaksa menandatangani surat perjanjian bahawa dye telah menfitnah datuk seri anwar ibrahim...
dipendekkan cerita,setelah setahun surat ummi hafilda menggemparkan malaysia,akhirnya datuk seri anwar ibrahim pon dipecat dari jawatannya sebagai timbalan perdana menteri pada waktu itu...
untuk pengetahuan semua,ummi hafilda menulis surat itu ketika umurnya 28 tahun,,,
oleh kerana keberanian dye melontarkan tentangannye terhadap anwar ibrahim,dye telah kehilangan berjuta2 ringgit akibat disita...
adakah betul semua tuduhan yang dilemparkan ummi hafilda terhadap datuk seri anwar ibrahim ini???
hanya tuhan saja yg dapat menjawabnya....


wanita seterusnya.....
Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
siapa yang tidak kenal dengan wanita ini??!!
inilah gabenor bank negara malaysia....
zeti akhtar aziz merupakan anak kepada prof. diraja ungku aziz...
beliau adalah wanita pertama yang dilantik menjadi gabenor negara..
beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang paling berpengaruh di malaysia...
pada tahun lepas,beliau telah terpilih sebagai antara ketua bank pusat terbaik dunia...
sangat membanggakan...turut menerima anugerah yang sama juga termasuklah ketua bank pusat australia,israel,korea selatan,taiwan,turki dan kesatuan eropah....
kita sebagai rakyat malaysia khususnya umat islam patut rasa berbangga kerana dikurniakan seorang pemimpin wanita beragama islam yang sangat hebat dan dedikasi....


wanita terakhir,tidak lain dan tidak bukan lagi!!!!!
siapa ni??!!!!
mesti semua orang tak kenal....
inilah my only mama!!!!!ahahah
name dye puan rafeah bte md.yusoff...dilahirkan di singapura dan membesar melaka bandaraya bersejarah...seorang wanita yang sangat cekal dan slumber...walaupon mempunyai fizikal yang besar,tp mama sangat aktif dalam sukan...antara sukan yg penah mama masuk itermasuklah pertandingan badminton,bola jaring,poco2....hahaha...faktor size bkan penghalang untuk mama bersukan...
mama orang yang sangat tabah...dye sentiasa sabar mengadap perangai anak2 dye yg x serupa manusia...
anak dyeyg pertama harap je da tua,tapi perngai x semenggah..yang kedua plak prasan putri kat rumah 2..
yang ke-3(aku) je la pengubat sgala duka...hahaha..yang ke-4 jangan cakap la,makan tido maen sume dengan play station....x paham aku.
bile fikir2 blek,kesian plak tgok mama dapat anak mcm ktorg..hahaha
sume xde yg menyedapkan hati...huhuu...xpe ma,walaupon ktowang prangai x serupa manusia,ktowang tetap sayang mama..ktowang sentiasa letak mama di atas k...jgn risau,ktowg akn jaga mama bile mama da tua nnt...WE LOVE YOU SO MUCH!!!!MMMUUUAAAAHHHH!!!!!!




peringatan>>kepada pembaca2 sekalian,skali lagi saya ingin menegaskan bahawa entri sy ini bukanlah berbaur politik...ini hanya mengikut pendapat saya..kalo anda x berpuas hati dengan pilihan wanita2 tersebut,apa kata anda buat blog anda sendiri...hihhihihi...
sekian...

No comments:

Post a Comment