Sunday, December 18, 2011

astaghfirullahalazim...teguhkanlah iman kami..!

assalamualaikum...
lepas makan td tetbe tergerak hati nak menulis mengenai something yg mungkin sesetengah org da tahu cerite ni..
CALVARY CONVENTION CENTRE

calvary convention centre(ccc) ialah sebuah cawangan gereja yang paling besar di ASIA...
apa yang memeranjat kita ialah kompleks gereja ini di bina di malaysia!!!
unutuk pengetahuan semua,kerja2 pembinaan bangunan mega ini sedang giat dijalankan di BUKIT JALIL...
kos untuk menyiapkan gereja ini ialah RM100 JUTA TIDAK TERMASUK HARGA TANAH IAITU RM 35 JUTA...
dapat bayang x betapa besarnya gereja ini????
pelbagai kemudahan yang ada dekat dalam gereja ni...
kalau nak tengok dengan lebih detail,boleh  klik sini...




dan apabila siap,beginilah rupa CCC





jom kita lihat misi-misi CCC yg akan wujud kat malaysia kita ni...
1>to be an inspiration and to benefit all in MALAYSIA and beyond
2>to be a dynamic and positive influence in our society
3>to care and to share with those who are without hope
4>to equip and train those who desire to serve and help others
5>to declare GOD'S love and his faithfulness to mankind

amacam???jangan terkejut 10 tahun akan dtg apabila gereje mega ini akan dihadiri oleh bangsa melayu yang bukan bergama islam...dan jangan terkejut bila anak2 bangsa kita semakin ramai yang murtad...pada waktu itu,masing2 akan menuding jari antara satu sama lain...

bg saya,sy tidak kisah dengan pembinaan projek mega ni...
apa yang penting ialah DIRI KITA SENDIRI...iman kita terhadap allah yang menjadi tunggak segala2 nya...
pegangan kita hanyalah kepada alquran dan as sunnah sahaja...
sepatutnya kita sebagai umat islam yang berbangsa melayu x boleh berpecah belah mcm sekarang...
ini tidak...melayu bergaduh sama sendiri di sebabkan fahaman politik yang semakin diagung-agungkan masyarakat islam di malaysia ni,,,polis negara dilabel israel..saudara seagama dimaki hamun dimalukan di khalayak ramai...apa nak jadi??!!!
apa yang patut kita buat ialah bersatu hati..menyelamatkan anak bangsa yang makin jauh tersesat,,,
selamatkan anak bangsa dari terpengaruh dengan agenda2 musuh allah yang semakin ligat ni...

pesanan sy buat semua pembaca2,kita mesti kuatkan iman n berdoa kpd tuhan agar kita dijauhkan dr bnda2 yang menyesatkan ni...
kita mesti berjuang walaupun tidak berdaya...ALLAH sentiasa bersama kita INSYAALLAH...


SESUNGGUHNYA,SOLATKU,IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH UNTUK ALLAH YUHAN SEMESTA ALAM...

Thursday, December 15, 2011

saya bangga berkulit gelap!!!

assalamuaikum...
entri kali ini sy dedikasikan khas untuk semua yg brkulit gelap..

saya bangga berkulit gelap!!!
kenapa??kamu malu ke berkulit gelap mcm sy???
kenapa malu??sebab x hnsem n cntik??
merepeklah!!!siapa yg cakap kulit gelap tak hnsem n tak cantik??!!
mereka bodoh dalam menilai..percayalah...!maaf jika terasa...

kalau betul org berkulit hitam x cantik,knapa miss universe 2011  dimenangi oleh miss angola yg berkulit hitam??!!
hanya satu saje jawapannya..kerana dia cantik!!!!
so,apa yg nak dimalukan lg??!!dunia pon da membuktikan bahawa orang berkulit gelap juga cantik!!hahaha
kite kene sedar..setiap ciptaan allah tu indah...

jadi,pesanan sy kepada semua yg berkulit gelap,jgn sesekali rasa malu dan terhina bila diejek hanya kerana berkulit gelap...bagi sy,org yg menghina dan mengejek tu,tidak tahu apa itu keindahan!!
sekali lg sy nak ingatkan,jangan sesekali hilang keyakinan diri ye!!!
ramai lagi orang berkulit gelap yg berjaya dalam hidup mereka diluar sana...
malah,ada yg lebih gelap dr kita..tapi dia telah membuktikan bahawa warna kulit dan rupa bukan penghalang bagi mereka untuk berjaya...siapa orang2 tersebut???

BILAL BIN RABAH...
siapa yg tidak kenal dengan hamba allah yg seorang ni???
jasa beliau terhadap agama tercinta islam tersangatlah tinggi...
sepanjang hayatnya,beliau di akui sebagai seorang yg patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya,ikhlas,amanah,berani,tabah,dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran..beliau juga pernah menyertai barisan tentera islam dalam peperangan dan dilantik menjadi juruazan oleh rasullullah...



ramai pemimpin2 didunia ni yang berkulit gelap..malah,ada diantara mereka menjadi antara orang yg paling berpengaruh didunia..antaranya,OBAMA..tipulah kalau anda cakap anda tidak kenal dengan lelaki ini...


OPRAH WINFREY...
oprah juga salah seorang wanita yg paling berpengaruh didunia..dia sentiasa memberi inspirasi kepada org ramai..dia juga telah membela nasib anak2 di negara2 afrika dengan mendirikan sekolah untuk mereka...
>>maaf kerana sy x mengambil contoh pemimpin dalam negara sebab x mahu blog sy dilibatkan dengan unsur politik di malaysia...

kebanyakan org berkulit gelap juga mempunyai suara yg mampu membuatkan org terpukau taw...
knape??x percaya lg???meh sini sy tunjukkan bukti....
hahaha..michael jackson!!raja pop dunia..

whitney houston..penyanyi pebret mama sy..hahaha
dia ni dah muak menang grammy award,,,
bruno mars...tipulah kalo cakap x kenal...
beyonce knowles....
terlalu ramai penyanyi berkulit gelap kat dunia ni...antara yg x disebutkan di atas ialah black mentor,mariah carey,usher,akon,aretha franklin,patti labelle,dayang nurfaizah,jaclyn victor...ramai lagi lah..x larat nak type..mereka mempunyai standard vokal yg tersendiri..jd apa yg nak di malukan lg??


itu baru penyanyi..belum lg model2 terkemuka dunia...
nak di sebutkan jgak ke???
ini dia!!!!!...
tyra banks...
kimora lee simmons
naomi campbell...
untuk pengetahuan semua,mereka ni adalah antara model yg menerima bayaran tertinggi didunia,,,
tak dapat dinafikan lg bahawa hitam itu indah!!!!

apa yg istimewa sangat berkulit gelap ni??!!!
1)orang berkulit cerah menghadapi risiko lebih tinggi untuk menghidapi kanser kulit berbanding orang berkulit gelap...
2)kebanyakan orang yang berkulit gelap mempunyai kulit yang lasak...tidak mudah bertanda,..berbanding orang yg berkulit cerah...contohnya apabila digigit nyamuk,kulit yg cerah akan bertanda merah-kemerahan berbanding orang yg berkult gelap..sedikit pun tidak terjejas...hahaha..
3)orang yang berkulit gelap tahan di bawah matahari...buktinya dapat kita lihat di malaysia sendiri...orang yg bekerja di tengah panas terik kebanyakanya mempunyai kulit yg gelap...
4)kulit gelap mudah menyerap kalsium!!!
5)kulit gelap mudah dijaga berbanding dengan kulit yang cerah...
6)kerana orang yang berkulit gelap itu manis!!!!!
haa....banyakkan kelebihan org berkulit gelap...jangan jelez yer...

pesanan>>>>ingin diingatka sekali lagi kepada orang yang berkulit gelap..jangan sesekali rasa diri tu kecil..kita tiada bezanya dibandingkan dengan orang yang berkulit putih..yang beza hanyalah amalan kita..
yang paling penting,hanyalah HATI!tak guna kalo muka hensem dan cantik tetapi perangai hancus...biar putih di dalam...kata orang,biarlah jadi seperti buah manggis..hitam diluar tetapi putih di dalam...
>>>>>>>>>ingin diingatkan juga kepada makhluk tuhan yang selalu mengejek ataupon memandang rendah kepada orang yang berkulit gelap ni..berhentilah..cuba untuk jadi orang yang boleh menerima kejadian tuhan...bagi sy,kulit gelap bukanlah satu kelemahan..tetapi satu kelebihan..saya bersyukur dijadikan sebagai orang yang berkulit gelap...sebab tu nama sy IKHWAN TAK PUTIH

Wednesday, December 14, 2011

saya suka melihat perempuan bertudung!!!

assalamualaikum...
hari ni,sy nak buat entri khas untuk wanita2 yg memakai tudung kat luar sana...
jangan risau..entri ni bukanye nak mengkritik cara anda bertudung,sebaliknya nak memberi sejuta pujian kepada wanita yg mengenakan tudung...
tahniah juga kepada anda kerana berjaya mematuhi salah satu perintah allah yg sangat dituntut...

mcm2 fesyen bertudung yg dapat kite tgok skarang...makin berfesyen,makin ramai yg nak beri kritikan..
nasihat sy buat sume wanita yg bertudung,jangan cepat melatah..kalo kritikan tu kritikan yg membina,juz try untuk terima n berubah...kalo kritikan tu kritikan menghina..juz biarkan,,,kata org,makin dekat diri kita dengan allah,makin byk dugaan yg kita terima...

kenapa perempuan perlu memakai tudung???
sy akan berikan jawapan mengikut persepsi sy sendiri..

1)kerana memakai tudung adalah salah satu tuntutan agama yg sangat dituntut dlm islam...mesti ingat,keberkatan hidup bergantung kepada keredhaan allah..
2)kerana memakai tudung bagus untuk kesihatan..ha..kenape??x percaya???artikel 'the science behind the veil' ada mengatakan bahawa bertudung pada waktu panas dapat melindungi otak anda..selain tu,tudung jugak mampu melindungi rambut anda drpd sinaran uv yg mana,mampu MENJAHANAMkanya..hahaha
3)kerana bertudung mampu mengelakkan diri anda dari lelaki yg berniat jahat,,,ahaha..mcm klakar je...percayalah,lelaki memg sukekan kepda ke-sexi-an..bak kata org, perempuan separuh bogel..huhu..kerana wanita yg memakai pakaian yg terdedah2 mampu menaikkan nafsu mereka..so,ni lah salah satu punca berlakunya kes rogol..haha..bayangkanlah seorang wanita yg menutup auratnya dengan sempurna n menjga tatasusila sebagai seorang muslimah...kompem2 golongan lelaki hormat wanita tersebut...
4)kerana lelaki lebih sukakan wanita yg menutup aurat dan bersopan untuk dijadikan isteri..percayalah..jahat mcm mana pon lelaki tersebut,dia akan cari wanita yg baik dan sopan untuk dijadikan isteri espcially wanita bertudung...memg lumrah hidup,manusia sukakan kebaikan...

di sini sy sediakan top5 ikon2 wanita bertudung yg paling sy minat...hahaha

5>>>
rakan2 saya sendiri,,,huhuhu
hahaha..sume cantik2 kan...sangat manis!!!!
jangan sesekali tinggalkan tudung tu ye...
4>>>
dato' siti nurhaliza....
walaupon ramai yg pertikaikan cara dye bertudung skarang dengan menampakkan sedikit rambutnya,tp sy tetap nak mendoakn supaya dia akn terbuka hati mendapat hidayah untuk menutup semua bahagian rambutnye mcm dalam gambar2 ni...amiinnn...sama2 lah kita berdoa ye..jgn asek nak menghentam je...

3>>>
hana tajima & yunalis zarai...


bg sy,kehadiran mereka ni dah membawa satu fenomena kpd gadis2 diluar sana untuk lebih yakin bertudung dan membuktikan kpd sumeorg bahwa wanita yg bertudung juga tidak ketinggalan dlm berfesyen...tahniah yuna n hana tajima...

2>>>
wardina safiyya...


seorang selebriti dan penceramah bebas yg sgt disegani..dia banyak berusaha mengajak umat islam terus berubah menuju ke arah yg lebih baik..semoga wardina meneruskan dakwahnya hingga ke akhir hayat...

dan yg pertama!!!!!!!!!>>>
bekas permaisuri agong!!!!
sultanah nurzahirah...
sy sangat suke imej yg dibawa oleh tuanku nurzahirah,,,dialah antara permaisuri yg bijak bergaya didunia ni..
imej dia sahaja sudah dapat memberitahu dunia bahawa malaysia adalah negara islam...bangga melihat dia berjalan di dalam gereja dengan memakai tudung sewaktu majlis perkahwinan prince william n kate middleton..itu menunjukkan bahawa dia tidak malu dengan imej yg dia bawa...tahniah tuanku kerana menjadi    kebanggaan kami...


pesanan>>>tahniah sekali lg sy nakucapkan kpd kawan2 n semua muslimah yg mengenakan tudung...anda memang hebat!!!..teruskan dengan imej bertudung anda...ingin diingatkan juga,kalo nak berfesyen sangat,berpada lah ye,,,pakai pakaian yg sedap mata memandang dah memadai..janganlah smpai diri di perkata oleh org lain...renung2kan dan selamat beramal...

>>thanx kepada umira,siti najihah,syahirah sharif,aqilah isa kerana membenarkan sy mencurik pic anda semua untuk dijadikan contoh...korang sume memg manisss!!!!




Tuesday, December 13, 2011

majlis terbesar my family..hahaha

assalamualaikum...
pejam celik,pejam celik..tup tup da abes spm da,,,
alhamdulillah...syukur sgt2..juz tggu result je nant..hope result kluar seperti yg diharapkan...
inshaallah...doa2 kan lah ye...tp bukan tu yg nak sy share hari ni...huhuu

ini dia....


 majlis pertunangan my akak yg tembam...haha

mcm x sangka je akak yg gler2 ni da bertunang...x lama lg kawin...
uwaaa..mesti x bez ble dia da kawin..da xde geng nak borak2 lg...
kalo pape,sume cite kat dye...dalam famili ni,dia lah yg plg rapat dengan sy...
kalo sume nak tahu,sy lah org paling excited buat persiapan majlis pertunangan dye ni..
sy yang nak cat umah,sy yg nak kemas umah..mcm2 lagi la..teruja gile..mana taknye,ni lah majlis terbesar yg pernah famili sy buat stakat ni...alhmdulillah..sumenye bjalan dengan lancar je...  

ni plak pic along n bakal suami dia.kedah mari...hahaha..mcm klakar je sebut suami..rasa mcm along ni bdak2 lg...

apa2 pon,sy nak ucapkan juta-juta trima kasih kpd sedara2 sy yg sama bergotong royong untuk jayakan majlis ni...seronok sangat bila tgok semua sedara belah ayh n mama berkumpul...memg ramai..x payah jmpot org lain pn tak apa...juz beberapa je pic yg dapat di share kan..sbb malaz nak upload..hahaha








ini pic our family....
thanx banyak jgak nak ucapkan kpd tauke pelamin sbb da sediakan pelamin yg sangat2 meletop..hahaha
dapat pujian ramai kot...
yg laki 2 ye,,,bkan yg pompuan....
dye bkan je buat pelamin,dye jgak yg tolong sy n mama siapkan hantaran sampai la pkul 3 pagi..hahaha..
sangat ngantok waktu tu...



ni lah hasilnye..sangat berpuas hati..hantaran yg hanya mggunakan bunga tisu..hahah..kos pon x tggi...

x lupe jgak kpd sdara mara yg dah sponsor mcm2 x kira lah dr segi barang,mknan,duit....
yg plg special,my pakcik n makcik dr lorong pandan tlah men-sponsorkan lauk tetel masak asam pedas...
peh...lauk ni memg boom kebabom...sangat sedap...penangan org mlaka la kata kan...sampai org kedah pon puji..hahaha

smpai sini jela entri kali ni..penak nak menaip panjang2..hahaha..
sy harap hubungan antra my along n tunang dia,abg faiz kekal selamanya...
kami satu famili mendoakn kebahagiaan along didunia n akhirat...

>>>>x sabar nak dapat anak buah!!!!hahahaha








Sunday, October 30, 2011

budak kecik pandai menyanyi!!!!

assalamualaikum...


sape budak kecik yang pandai nyanyi 2??!!
jom kita tengok top5 penyanyi kecik pebret aku....

tempat ke-5...

ini dye...budak x bergigi...hahaha
name dye connie talbot...dye famous sejak masuk britain got talent...
jom kite tgok budak nie menyanyi...

tempat ke-4
saya taw,mesti sorang pon x kenal dengan budak ni kan??
name dye jude matthew servilla...
budak ni salah seorang bintang daripada rancangan realiti birit baby di filipina..
ala,kalo kat malaysia kite ade bintang kecil...
dan dalam pertandingan 2,dye berjaya menjadi juara...
vokal dye memg x dapat nak di pertikaikan..
saya rasa,dye lagi bagus dari sesetengah penyanyi yg ada kat malaysia ni..
mari kite lihat nyanyian dye yg mantop...

tempat ke-3
abraham mateo...
1st time aku denga suara dye,memg ternganga la...
budak ni berasal dr sepanyol...
tak banyak info yg aku taw pasal dye ni..
so,kite layan jela vdeo dye ni...

tempat ke-2...
ini dye...sape x kenal...???
simpati aku kat sape yg tak kenal makhluk allah ni...huhu
inilah raja pop dunia masa kecik2....
michael jackson...x perlu la aku nak describe panjang lebar pasal dye ni....
layan jela...sangat cute..hihi

tempat pertama!!!!!
CHARICE PEMPENGCO...
mybe ramai yg tak kenal kot ngan budak nie...
dye mula di kenali sejak oprah menjemput dye ke oprah winfrey show...
dalam rancangan 2,oprah telah menemukan dye dengan idolanye iaitu celine dion...
dengan kerjasama oprah dan celine,charice telah dijemput untuk berduet dengan celine dion dalam konsert 'taking chances world tour'..ini dye videonye...


ini jelah entri kali ini..harap korang berpuas hati ngan pilihan saya...
kalo tak suke,seperti biasa la ayat saya...korang g wat blog sendiri...hihihi
hope njoy la k...bye....